BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 23, 2011

As salam...
cerita yang aku nak kongsikan disini adalah mengenai cinta. betul ker cinta itu bermula dari persahabatan???hmmm..aku pun xbrape pasti ngan kenyataan tu. yang penting skrg aku dah mula berkenalan ngan sorang guy nie. he's not good looking at all but he is very humble and i'm very comfortable with him. he is very understanding..but, i'm just friend with him. yeah...just best friend i think.. dengan dia aku boleh berkongsi masalah and whatever i like. aku kenal dia sebenarnya dah lama tapi mula berkawan rapat time raya haritu...mcm kena lak aku ngan lagu YUNA( raya oh yeah) hehe..aku kenal dia sjak aku hantar motor karisma aku ke bengkel tmpt keja dia. actually, dia seorang mechanic motor. sebab2 kami mula berkawan sejak motor aku rosak sblm puasa hari tu. aku minta dia dtg rumah tgk motor tu cz motor tu xbleh nak start langsung. then dia pun minta la no.phone aku tuk hubungi. mula2 tu kalau msg hanya citer pasal motor aku tu jer tp lepas motor dah settle kami still msg lagi..hehe...tp tu la hanya berkisar tntang karier masing2...tapi sepanjang perkenalan aku ngan dia, aku akui dia nie jenis yg caring gak la..kalau aku kuar malam naik motor ker msti dia kta blk awal and klu blh naik teksi ke ape. yela naik motor malam2 kan bhaya tuk penunggang wanita spt aku nie. hehe..

tu jer la yg aku nak citer...tp jgn ader yg salah faham yer disini. aku just kawan jer ngan dia. kami bukan couple. disini gak aku berdoa kepada ALLAH semoga dipermudahkan segala urusan ibu dan abang aku semasa mengerjakan ibadah haji skrg nie...Amin...

Sunday, June 19, 2011

As salam....
Dah sebulan dah aku bercuti untuk semester ini...tp aku mmg tak bajet pun nak kerja. just duduk rumah. Aku sebenarnya tak kerja coz nak jaga anak buah tp mummy tak bagi coz beliau nak aku temankan nya joging kt tanjung...so, aku perlu la dengar cakap mummy....
Hmmm..result exam hari tu dah keluar. Alhamdulillah prestasi aku menaik walaupun resultnya tidak la segempak time aku study sijil ngan diploma dulu tp aku tetap bersyukur..cz result sem nie better dr sem lepas. aku dah berjanji dalam hati ini untuk lebih berusaha tuk semester2 akan datang...insyAllah aku boleh buat...tahniah jgak kat member2 ku yang lain..
Plan aku untuk time cuti nie adalah:
1) uruskan tentang reunion ex-student PMM. Semoga ape yg dirancang berjalan dengan lancar...Aminn...
2) kemas kebun belakang...hehe..byk buah tu kat belakang, kalau x kemas rugi oo..
3) nak cat mana yg patut dicat untuk hari raya yang bakal menjelma 3 bulan jer lagi...
4) nak kurus kan badan ( bukan sebab nak cantik tp tuk kesihatan). Itupun kalau tercapai cita2 ku itu...
berharap agar segala ape yg dirancang dapat dilaksanakan...insyAllah..

Thursday, April 7, 2011

AnAk BoNgSu....

as salam...hmmm...dah lama sangat aku dah tak bukak blog aku nie. last skali aku open time aku study diploma jap kt unimap nie. pastu g politeknik shah alam. blaja punya belajar tup2 aku sambung balik degree kt unimap gak. hmmm..nampaknya aku mmg xboleh dipisahkan dari unimap kot... Tapi bila sambung degree kat sini aku rasa macam susah giler la study kt cni. nak2 lecture foreigner. susah btul tuk aku paham kan perkataan yg dikeluarkan dr mulut diorang tu. 1st semester aku kt sini dah buat aku give up. dengan result yang teruk buat aku down giler. aku xtau la mcm mane nak buat. aku ingat kan semester nie lecture foreigner tu xde tp ader gak. hancus harapan aku. tp nak wat mcm mane, nak xnak aku terpaksa gak hadapinya. so, i try my best 4 this semester. aku xnak luka kan lg hati mak aku..hanya aku jer sekarang yang diharap kan oleh mak aku agar dpt jd mcm abg2 dan akak2 aku yang dh berjaya ngan karier masing2. susah gak kan jadi anak bongsu.. Ramai org kata bila jd anak bongsu nie manja la, x reti berdikari la and whatever. tp diorang sebenarnya xtau ape sbnarnya yang berlaku pada sesiapa yang bergelar anak bongsu. anak bongsu nie sbnarnya byk perkara yg diorang kena pikul. seperti diorang kena pastikan diorang pun bleh berjaya mcm adik beradik dyorang yang lain.. kalau diorang x berjaya that means bukan salah didikan parents diorang tp salah diorang. diorang x boleh nak salah kan parents diorang cz adik beradik diorang yang lain suma berjaya. So, no excuses ok. Lg 1, bila anak bongsu nie xdela kata x buat keja. keja rumah ttap buat malahan lebih banyak kot dari yang atas2 tu. yang atas2 msti kata diorang dah selalu buat dulu. so, anak bongsu nie la yg kena buat. nak2 time kenduri kahwin, fuh mmg penat ler. yela time tu masih muda lg, so kena la buat byk keja. yg atas2 byk yg dah da keluarga. so, klu buat byk keja ckit mula la kta anak menangis la, anak nk tido la...hmm...byk alasan. ok la, aku nak minta diri dulu jap. nak p buat mini projek. doakan akunyer projek jd yer...huhu...